Göbekli Tepe
Göbekli Tepe

Göbekli Tepe

Göbekli Tepe (Turki: [gœbecˈli teˈpe],[2] juga Girê Mirazan dan Xirabreşkê dalam bahasa-bahasa Kurdi[3]) ialah suatu tempat ibadah yang terletak 15 km di timur laut kota Şanlıurfa (Urfa) di tenggara Turki. Tempat ini berada dalam penelitian pakar arkeologi Jerman, Klaus Schimdt dan kemudiannya oleh pihak Turki. Kuil ini dianggap sebagai kuil tertua yang ditemui di dunia dan memiliki tiang sebanyak 200 batang yang disusun dalam 20 buah bulatan. Setiap tiang mempunyai ketinggian 6 meter dengan berat kira kira 20 tan.Tapak ini pertama kali dicatat dalam penulisan ilmiah pada 1963, dan Schmidt mula menjalankan penggalian pada 1995 hingga beliau meninggal dunia pada 2014. Selepas itu, projek arkeologinya disambung oleh pihak Universiti Istanbul, Muzium Şanlıurfa dan Institut Arkeologi Jerman di bawah seliaan pakar prasejarah tempatan Necmi Karul. Tapak ini diperakui sebagai Tapak Warisan Dunia UNESCO pada 2018 beserta pengiktirafan terhadap tapak sebagai "salah satu ciptaan-ciptaan terawal seni bina monumen manusia".[4] Sejak dari 2021[kemas kini], kurang 5% tapak telah digali.[5]

Göbekli Tepe

Diasaskan s. 9500 SM[1]
Ahli arkeologi
Keadaan Terpelihara dengan baik
Koordinat 37°13′23″N 38°55′21″E / 37.22306°N 38.92250°E / 37.22306; 38.92250Koordinat: 37°13′23″N 38°55′21″E / 37.22306°N 38.92250°E / 37.22306; 38.92250
Kriteria (i), (ii), (iv)
Ditemui 1963
Tarikh penggalian 1995–kini
Lokasi Provinsi Şanlıurfa, Turki
Zaman
Wilayah Asia Barat
Penetapan 2018 (sesi ke-42)
Negara pihak Turki
Ditinggalkan s. 8000 SM[1]
Nama rasmi Göbekli Tepe
Jenis Budaya
Nombor Rujukan 1572